Wednesday, June 15, 2011

Al-fatihah

Betullah cakap orang, selalunya, orang baik-baik ini akan pergi dulu, sebab Allah sayang. Masih ingat lagi entri yang ini dan yang ini. Hari ini, dia pergi menghadap panggilan Ilahi. Sedih. Aku ingat aku sempat nak berjumpa dengan dia buat kali yang terakhir, tapi disebabkan sekarang tengah cuti, niat aku tidak kesampaian. Sebelum cuti itu hari pun, aku tak sempat nak berjumpa dengan dia, dan hari ini, aku dapat panggilan melalui telefon dan komen-komen di fesbuk yang dia sudah pergi buat selama-lamanya.

Sebelum ini pun keadaan Ummi memang dah kritikal dan doktor pun dah tak boleh nak buat apa dah. 6 bulan koma, siapa sangka hari ini dia akan pergi. Pergi buat selama-lamanya. Tiada lagi kedengaran gelak tawa, suara dan gurau senda bersama dengan dia. Mungkin Tuhan tak nak lagi melihat dia menderita teruk dengan semua wayar bersangkut-paut dekat badan. Lebam sana sini. Dan kepala pun semakin membengkak. Dulu masa aku pergi melawat Ummi pun, aku hampir-hampir tidak mengenali dia, sebab keadaan dia terlalu lain.

Sampai begitu sekali perubahan yang berlaku kepada Ummi.

Dan hari ini Tuhan sudah leraikan segala kesakitan dan derita yang terpaksa ditanggung oleh dia selama 6 bulan. Semoga keluarga Ummi cekal menghadapi ujian ini. Tahun 2011 adalah tahun yang amat perit bagi keluarga Ummi.

Minggu depan nak start kelas, pasti suasana dah tak macam dulu-dulu lagi. Classmates Ummi mesti amat terasa dengan kehilangan dia.

Al-fatihah.

Giliran kita bila pulak ?

4 sumpahan:

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

akak pegi tengok jenazah arwah~
tenang. . .alfatihah~

GigiWangi said...

Kak Wan,
:'(

FUZ.QYM.Y said...

aku dgr cerita ni dari bgf aku. dia kawan kepada arwah. she said to me dia terkilan sebab tak sempat jenguk arwah. tuhan lebih sayangkan dia. al-fatihah.

GigiWangi said...

FUZ.QYM.Y,
Oh, aku lupa yang hang kenal kawan aku ini. Hmm, itulah, maybe ada sesuatu yang menarik tentang arwah, sebab itu Tuhan ambil dia dulu kan.