Tuesday, November 1, 2011

Materialistik

Ramai cakap perempuan zaman sekarang materialistik. Kalau takat lelaki pakai motor, jangan harap nak layan. Pandang pun tak. Itu orang yang cakap, bukan aku yang cakap.

So, kebanyakan di fesbuk bercakap pasal perempuan yang mata duitan. Nak carik lelaki yang ada kereta. Kalau pakai motor, jangan harap nak pandang. Jeling pun jauh sekali. Kalau lelaki itu takde apa-apa, takat jalan kaki jeee, jangan harap lah nak ada makwe zaman belajar.

Aku gelak besar.


Perempuan sekarang memang high taste. Nak pilih pasangan kena betul-betul, tapi itu dah kira baiklah dah tolak awal-awal. Buatnya kau dah couple dengan dia bertahun ke, lepas tu putus sebab kau pakai motor cabuk jee, tak ke sedih.

Haru hidup.

Tapi aku masih lagi percaya, bukan semua perempuan macam ni. Jadi lelaki, tak perlu risau dan resah, masih ada lagi perempuan yang tak pandang semua ini. Tapi, kalau ikut logik, zaman sekarang ni mana ada yang tak guna duit hatta nak masuk tandas pun perlukan 20sen. Dan tandas yang paling mahal setakat ini bagi aku ialah tandas di Lowyat, sekali masuk RM1. Gila kentang kan.

Bagi aku, kenapa perempuan berperangai macam ini ialah sebab masa depan. Perempuan suka berfikiran luar daripada masa sekarang. Kalau semua perempuan nak lelaki yang kerja engineer, pilot, doktor, arkitek, businessman dan cikgu (jangan tanya aku kenapa aku letak cikgu last sekali :P) habis siapa nak kahwin dengan penjual burger, salesman, dan kerani am. Alahai, kesian jee orang yang kerja macam ni.

Tapi kalau kau tanya pendapat aku, aku tak kisah. Asalkan dia rajin. Lelaki kena rajin dan tahu tanggungjawab. Kaya, handsome tapi kau tak tahu taggungjawab kau buat apa. Buat habis boreh jee. Duit boleh carik, tapi tanggungjawab kena datang dari dalam diri.

Tapi ramai lelaki sekarang yang tak tahu nak tunaikan tanggungjawab.
Itu yang buat aku garu kepala yang tak gatal.

Sebab rezeki di tangan Tuhan. Usaha sana sini, buat part time sana sini, tapi kalau rezeki kau takat tu jee, nak buat macam mana. Nak salahkan siapa. Bukan tak usaha. Dah usaha. Pakai jelah motor cabuk tuh.

Kalau siapa tengok movie Tolong Awek Aku Pontianak, dia akan faham. Macam mana Bob (Zahiril Adzim) berusaha untuk puaskan hati awek dia, Ina (Faizah Elai). Bob ni pakai kapcai jeee tapi hati dia baik. Sweet pulak tuh. Berbanding dengan Eddy (Jehan Miskin), pakai motor besar tapi kaki perempuan. Sebenarnya boleh jee happy, tapi dua-dua kena tolerate lah kan.

Tapi, apa-apa pun balik kepada pilihan masing-masing.
Pilihan sendiri.
Kalau kau nak lelaki yang kaya, tapi kaki perempuan, silakan.
Kalau kau nak lelaki yang handsome, tapi kedekut, silakan.
Kalau kau nak lelaki yang tinggi budi bahasa, tapi kerja biasa-biasa, silakan.
Kalau kau nak lelaki yang pakai kupiah tapi panas baran, silakan.

Senang, bukan.
Pilihan di tangan anda.


Tapi apa-apa pun, kalau kau tak suka lelaki itu, jangan hina dia. Sebab sekali kau hina, dia akan ingat dalam kepalahotak dia sampai bila-bila.

Cakap baik-baik.
Bukannya susah kan.

Peace no war !

4 sumpahan:

aminaim said...

mantap! gua nak bini ada rumah, xda kereta pun takpa

Cikgu Izmir said...

jangan sampai kentut pun kena bayar.haru aku!

nadeshiko said...

i like this post emma. sgt bagus! terbaik! :DD

GigiWangi said...

aminaim,
Eceh ! Lu tak nak bini lu ada kereta pasal lu tak mahu dia selalu merayap eh. Keh3

Izmir Fadzil,
Untuk kau jeee, kentut kena bayar. Orang lain free. Hehe

Fuz,
:)

nadeshiko,
Haha. Post merepek ;)