Tuesday, February 28, 2012

Miang itu untuk orang tua. Gatal itu untuk muda remaja

Heh.

Setiap kali nak update blog, aku selalu mengalami masalah nak letak tajuk apa. Ya, aku blurr sikit. Tak macam orang lain, yang bila baca tajuk jeee, dah gempak. Itu belum baca isi keseluruhan lagi. Lagi lah bertambah-tambah gempak. Kan ?

Aku tak tahu kenapa, tapi aku rasa kahwin muda ini dah jadi satu trend. Kalau dulu, couple. Bila sorang couple, lepas itu akan berjangkit sorang sorang yang couple. Dan masa itu, boleh dikatakan itu adalah trend couple. (itu zaman aku sekolah dulu) Tapi sekarang ini trend kahwin muda pulak.

Bila sorang kawan aku yang dah kahwin, akan ada kawan-kawan aku yang lain tiba-tiba jadi tak sabar pulak nak kahwin. Masalanya, calon pun takde. Tapi aku tak salah kan dia, sebab kita ini sebenarnya berada pada tahap umur yang gatal. Umur 19-25 itu memang umur yang sesuai kalau ada antara kita yang sebenarnya jadi tak sabar nak kahwin. Ya, penyebab yang lain boleh salahkan hormon jugak. Hahaha.

Tapi jangan risau kalau anda tidak ditakdirkan kahwin pada usia antara 19-25 sebab dalam lingkungan umur 27 dan ke atas, kerjaya anda sudah stabil. Tumpuan akan lebih tertumpu pada kerjaya dan nafsu nak kahwin itu pun akan perlahan-lahan terpadam. Takdelah padam terus tapi mungkin akan lebih tertumpu dalam kerjaya misalnya. Sebab itu bagi orang yang kahwin muda, pada umur 27 nanti, mereka akan alami masalah dalam kerjaya. Aku tak kata lah semua, tapi mungkin ada sebilangan.

Dan aku rasa, umur gatal bagi lelaki dan perempuan ini berbeza sikit. Kalau perempuan, time remaja je dia akan gatal, tapi bagi lelaki, aku rasa sepanjang umur dia gatal. Hahaha.

2 sumpahan:

syamimi fatin said...

tang tjuk tu samala xreti nk buat cemana... haah la dulu couple trend, skrg kawen muda pulak,, nant ape la pulakk

GigiWangi said...

syamimi fatin,
Nanti ? Maybe siapa dapat cucu dulu ? Kekeke :P