Friday, March 2, 2012

Kalaulah duit boleh beranak macam kucing

Itu pun kalau lah. "Kalau"

Orang tua paling tak suka kalau dengar perkataan kalau. Sebab perkataan kalau itu, macam tak bersyukur satu hal lepas itu macam tak terima qada dan qadar. Nenek aku kalau dengar aku cakap 'kalau' dia memang debik aku. Nenek aku garang okey.

Untuk bulan lepas, yakni bulan 2 ni je, aku dah belanja banyak duit untuk beli entah apa-apa entah. Ada je kehendak yang harus dipenuhi. Bayangkan, dalam masa sebulan aku dah habiskan hampir RM1 000 +++

Ini belum kes nak tukar handphone lagi. Handphone pun macam dah nyawa-nyawa ikan. Macam tau-tau je aku tengah kaya sekarang kan. Heh !

Ini belum habis sem lagi ni, duit elaun guna macam dapat duit gaji. Sejak bila sikap aku berubah jadi boros, aku pun tak sedar. Ni kalau dah kerja nanti, macam mana lah pulak.

Tapi sejujur-jujurnya aku cakap, duit yang kerajaan bagi dengan duit yang mak bapak bagi, rasa dia lain sikit. Kalau duit yang mak bapak aku bagi, aku reti berjimat dan boleh jadi kedekut dengan tiba-tiba. Sebab mungkin kita nampak mak bapak kita usaha susah payah nak cari duit, lepas itu kita pun jadi sayang nak guna. Tapi bila duit kerajaan ni, senang je nak keluar. Macam air. Lagi-lagi bila paip itu tak boleh tutup, dah rosak. So, air akan sentiasa mengalir. Macam itu lah aku rasa sekarang. Padahal, duit kerajaan ini hasil cukai rakyat jelata. Aku sepatutnya lebih berjimat. Kesian dekat petani, pesawah, dan orang-orang yang kerja susah payah lepas tu kena bayar cukai lagi, tapi duit itu aku joli-joli pulak.

Ini kalau mak dengan ayah aku tahu yang anak dia ini boros, memang kena membebel hari-hari ini.

Sekarang tak rasa lah sesak lagi, nanti nak dekat-dekat hujung sem, baru lah rasa sakitnya.

Duit oh duit !

2 sumpahan:

ariff al-baqi said...

tu la ko ema.. degil xmo denga cakap aku..

GigiWangi said...

ariff al-baqi,
Pergh kau lajunya komen. Hik. Yalah, aku memang degil pun.