Saturday, March 3, 2012

Hati bukan untuk dimiliki

Macam ni lah.

Jodoh itu rahsia Allah. Kadang-kadang orang tanya aku, kenapa tak terima si polan ni dengan si polan ni. Dia itu budak baik. Rugi kalau melepas.

Aku ada jawapan aku sendiri. Bukan nak tunggu sesiapa tapi macam yang orang lain selalu cakap, "Kalau ada jodoh tak ke mana".

Tak gitu ?

Tapi tu lah, bila orang yang aku dah anggap kawan, tiba-tiba nak tukar perasaan jadi sesuatu, ada rasa janggal sikit.

Kawan kepada someone special ?
Ah, payah !

Mungkin orang lain biasa, tapi bagi aku, itu luar biasa.

Kadang-kadang aku sendiri tak tahu nak bina ayat yang macam mana untuk bagi mereka faham, tanpa mengguris hati sesiapa. Aku ni bukanlah dalam golongan yang terdesak nak berkahwin. Tapi itulah, diorang ni tak boleh agaknya tengok aku sorang-sorang. Hahaha.

Eh come on, aku bukanlah dalam lingkungan 30-an yang kena risau bila jodoh tak datang-datang ni. Hik :)

0 sumpahan: