Saturday, April 21, 2012

Tipah si perempuan materialistik

"Apa kata awak beli kereta. Senang kita nak keluar ke mana-mana. Ni tak, asyik naik public transport je. Dah lah ramai orang, sesak!" kata si perempuan.

Lelaki itu tidak membalas kata-kata. Mungkin terkejut dengan apa yang baru didengarinya tadi.

"Kalau awak sayangkan saya, awak akan cuba sedaya-upaya awak untuk dapatkan kereta untuk saya. Awak takkan susahkan saya dengan berhimpit setiap kali kita nak keluar bersama" perempuan itu cuba mendesak.

Lelaki itu hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Mungkin tak tahu nak respons apa kepada kekasihnya itu.

.
.
.
.
.

dan akhirnya..... cuba teka, lelaki itu beli ke tidak kereta untuk kekasihnya itu ?

***

Kawan aku ini lelaki. Dia mengalami situasi macam ni, di zaman sekarang. Menghadapi perempuan materialisitik. To be truth, dia beli kereta seperti yang disuruh oleh kekasih dia. 

Untuk kawan aku ini, dia berada di kategori mana ? Sayang ke bodoh ?

Aku cakap dia bodoh. Okey, perkataan itu mungkin agak kasar, aku tukar; kurang bijak. Aku tak tahu dia kena sampuk ke, kena jampi ke, kena bomoh ke, tapi dia memang tak patut buat apa yang disuruh oleh gf dia. 

Mula-mula aku terkejut gila bila tahu pasal cerita dia. Sebab aku rasa kenapa dia tak boleh berfikir dengan lebih panjang lagi. Sebab perempuan, dia takkan mudah rasa selesa. Bila dah dapat yang ini, akan ada lagi situasi di mana dia nak lagi dan lagi. Mungkin benda lain pulak. 

Jadi, dekat sini nilai kasih dan sayang itu diukur berdasarkan barang yang dibagi. Lepas ini, kalau kawan aku  tak penuhkan permintaan dia, mungkin dia akan anggap yang kawan aku tak sayang dia lagi. Duhh.

Jadi, banyak perbezaan antara bodoh dengan sayang. 
Jangan sebabkan sayang, kau diperbodoh-bodohkan.

Kalau rasa diri terseksa, putus sahaja. Senang.

2 sumpahan:

AzLaN said...

gila ar, sanggup beli KERETA kot!! itu baru jadi gefrennnnn. belom sah jadik tunang ke, isteri ke.

ini kalau clash ni, boleh guna kereta yang dah beli tu carik makwe laen, ekeke :p

GigiWangi said...

AzLaN,
Hahaha. Entahlah, aku pun tak tahu nak cakap apa. Mungkin dah kena guna-guna kot. Hehe :P

Tapi yang penting, awek dia memang cun weh !